Monday, December 26, 2011

Racun dan Penawar :D

Assalamualaikum ! ^^

Anda anda semua sihat ? Ya aku sihat . Sihat sangat sangat . Tambah tambah bila dengar cerita si Tipah Tertipu cerita kat Si Peah Pengampu yang mak aku  ada plan nak bawak gi Taman Empat Musim , Shah Alam . 

Aku main rembat je gambar orang . Nway , thanks akak ye .

Aku dengan kudrat yang ada melompat setinggi mungkin sampai ke langit , sambil mulut terbuka luas 10 cm mengucapkan 

" HORAIIIIII "

dengan lantangnya sampai Si Kiah Kelibut tercekik dengan anak tekaknya sendiri menggambarkan terkejut yang teramat sangat dengan lontaran vokal yang baru sahaja dilontarkan oleh aku sendiri . Tidak mengapa . Besar mana je pun anak tekaknya sampai boleh tercekik . Eksyen je lebih .

Aku berlari ke arah Si Tipah Tertipu untuk menanyakan kesahihan cerita yang disampaikan . Manalah tahu . Dia sengaja mereka cerita untuk menipu orang mungkin sudah bosan menyandang nama Si Tipah Tertipu memandangkan dia lebih banyak tertipu daripada menipu orang . 

Kukumpul semangat menjadi satu kepulan besar di dalam diri untuk mendengar kenyataan yang akan kuhadapi samada benar atau tidak cerita yang disampaikan . Mau tercabot jari kakiku jika mendengar cerita yang disampaikan adalah rekaan semata mata . Atau mungkin Si tipah Tertipu akan makan gulai stokin masak hitam buatanku sendiri .

Dengan semangat yang sudah kukumpul tadi , aku bertanya kepada Si Tipah Tertipu .

' Aku nak kau jujur . Betul ke apa yang aku dengar tadi ? '

Dengan muka selamba dia terus pergi bilik air . Ehh ? Mungkin mahu mengqada hajat , aku berfikiran positif . Tapi suara lain dalam hatiku berkata dia mahu lari daripadaku . Aku tersenyum . Kemana je dia nak lari ? Aku tersenyum kembali ala-ala Siska baru lepas siram air panas ke tangan Alia dalam Bawang merah Bawang putih .


 Takpe . Aku biarkan dia buat sementara waktu . Ambillah masa seberapa banyak pun .

Aku tunggu punya tunggu . Agak-agak dalam 30 minit dalam tandas , dia keluar dengan muka berkerut lapan ribu . Lamanyaaaa ....

Aku mendapatkan dia kembali lalu mengulang soalan yang sama ,

' Betul ke mak aku ada plan nak bawak gi Taman Empat Musim ? '

Dia memandang wajahku , lama . Agaknya cantik sangat aku ni macam Erra Fazira tu yang tak puas mata memandang , ligat otakku berfikir .

Cantik

Agak lama dia memandang . Tiba tiba dia buka mulut menjawab , 

' Apa ? '

oh bukan menjawab , menanya kembali rupanya . Tak dengar rupanya orang tua ni . Membazir air liur aku je . Dalam hati aku sudah berkira-kira nak buat kari atau tempoyak masak stokin nanti buat santapan makan malam Si Tipah Tertipu ni .

Kalau tak kenal kari , ni haa gambar dia .

Ini tempoyak .

Dengan kesabaran yang masih bersisa aku menanya kembali ,

' Betul ke mak aku nak bawak gi Taman Empat Musim ? '

Jangan cakap tak dengar lagi sudah . Memang hilang 3 per 4 rambut dia nanti . 

Elok-elok macam ni , aku jadikan mcm ni .

Jap aku bayangkan dia botak macam ni . Emmmm , kalau tak macam ni atleast iras-iras Zaibo lah kutt .

haa , baru hensem kannn kan kan .

' Oh pasal tu ke ? Haah . Aku dengar tadi mak kau cakap ngan ayah uda . Kenapa ? '

Terasa rasa bagai air menyimbah ke limpa , hatiku terasa dingin dan tenang . Bebas daripada keresahan memikirkan kesahihan cerita tersebut . Dan ternyata ianya betul !! Berbaloilah masa yang kuluangkan untuk memikirkan tentang cerita tersebut . Alhamdulillah . Terasa segar seperti selepas mandi dengan air Sungai Klang yang Indah Water bekalkan . Huhhh ?

indahnya water .

Tak sabar rasa di hati nak pergi ke tempat tersebut bersama mereka - mereka ini ,

Ma Alya Afiqah , adik teman .

Mior Muhd Muqri , adik last .

Ma Rabbiatul Adawiyah 

Ma Ainin Sofea

Ma Norhafizah , kiri .

Ma Baith Qisthina , kiri tu ye , kanan tu err ...

Ma Amirah Husna

Lydia and Puteri . 

Ahhh ! Ramai lagi sebenarnya , tapi dah lenguh tangan nak upload . Kau fikir tangan aku apa ? Kayu ? Besi ?  Ahahahaha . Sedara aku mmg ramai . Cucu cucu kepada Siti Hajar ngan Abdul Manaf ni memang ramai . Lebih 20 . Alah tak kisah lah . Korang lagi ramai kan ? Entah entah dah ada cicit pun . Takpelah . Aku tak lama lagi ada lah tu . Bukan cicit okay , tapi anak sedara . tak sabar la pulok ahaks . 

Klah . Sian korang panjang post ni . Tapi takpe korang sayang aku kan ? Setakat nak baca apalah sangat berbanding dengan pengorbanan aku yang sanggup berjam jam memerah otak dan juga menyumbang tenaga menaip benda alah ni . Unutk korang jugak kan ? 

Klah . Bye ^^ Salam . Love you all especially my family . 












Thanks For Reading (:

No comments:

Post a Comment