Tuesday, December 27, 2011

Takde Rezeki ):

Kfine . Aku sedih sangat coz tak dapat join sedara maraku pergi Taman Empat Musim hari ni ):

Sekali lagi gambar ni .

Batak ? Tak sebenarnya . Aku bukan nak sangat pergi Taman Empat Musim or Icity tu . Tambah tambah lagi skrang ni Icity dah siap kann ): Aku cuma nak jalan jalan ngan sedara mara memandangkan aku ni yang paling jauh daripada diorang . Nun jauh di Perak . 

Banggalah dengan negeri kelahiran anda .

Mula mula mmmg beria-ia nak pergi . Tup tup lepas tanya ibu , ibu kata mmg nak pergi . Ibu esok pun cuti . Tapi memandangkan ayah kau tu cikgu , kita terpaksa menundakan , bukan menundakan lah , tak sesuai . Kita MEMBATALKAN perjalanan kita nak ke Taman Empat Musim esok kerana ayah ada meeting kat sekolah . Aku pun macam ...


HUHHHH  ? WAHAAATT ?

Sudah terang lagikan bersuluh , siap suluh ngan lampu kereta lagi . Tak jadi ???

Mata , hidung semua dah memainkan peranan mengeluarkan air-air . Takpelahh . Mungkin tak ada rezeki , aku cuba berfikiran positif . Mungkin dalam perjalan ke sana , aku hilang hidung ke , hilang jari kaki ke , hilang bibir ke . Sape tahu kan ? Kuasa Allah mengatasi segala-galanya . Dari jadi boleh jadi tak jadi . Dari boleh , boleh jadi tak boleh . Dari kurang pandai , boleh jadi pandai dan begitulah seterusnya .

Mungkin Tuhan nak menggantikan benda tu dengan benda lain yang lebih menarik kan . Takpelah .

sampai berdarah mata aku menangis ):

 Moga mereka-mereka juga selamat dalam perlindungan Allah SWT . Nanti korang tangkap gambar banyak banyak tau . Ya mungkin aku akan jeles . Mungkin dalam 70% . Hishh , kalau lah boleh terbang ... 

Uncle , bawak saya terbang ):


Redha je lah ye Ma . Andai itu TakdirNya , aku redha . Chehhh . Ayat ..

Novel .

K lah . Itu je . Nak sambung menangis . Assalamualaikum .





Thanks For Reading (:

Monday, December 26, 2011

For Girls


Sama sama kita renungkan (:

Thanks For Reading (:

Racun dan Penawar :D

Assalamualaikum ! ^^

Anda anda semua sihat ? Ya aku sihat . Sihat sangat sangat . Tambah tambah bila dengar cerita si Tipah Tertipu cerita kat Si Peah Pengampu yang mak aku  ada plan nak bawak gi Taman Empat Musim , Shah Alam . 

Aku main rembat je gambar orang . Nway , thanks akak ye .

Aku dengan kudrat yang ada melompat setinggi mungkin sampai ke langit , sambil mulut terbuka luas 10 cm mengucapkan 

" HORAIIIIII "

dengan lantangnya sampai Si Kiah Kelibut tercekik dengan anak tekaknya sendiri menggambarkan terkejut yang teramat sangat dengan lontaran vokal yang baru sahaja dilontarkan oleh aku sendiri . Tidak mengapa . Besar mana je pun anak tekaknya sampai boleh tercekik . Eksyen je lebih .

Aku berlari ke arah Si Tipah Tertipu untuk menanyakan kesahihan cerita yang disampaikan . Manalah tahu . Dia sengaja mereka cerita untuk menipu orang mungkin sudah bosan menyandang nama Si Tipah Tertipu memandangkan dia lebih banyak tertipu daripada menipu orang . 

Kukumpul semangat menjadi satu kepulan besar di dalam diri untuk mendengar kenyataan yang akan kuhadapi samada benar atau tidak cerita yang disampaikan . Mau tercabot jari kakiku jika mendengar cerita yang disampaikan adalah rekaan semata mata . Atau mungkin Si tipah Tertipu akan makan gulai stokin masak hitam buatanku sendiri .

Dengan semangat yang sudah kukumpul tadi , aku bertanya kepada Si Tipah Tertipu .

' Aku nak kau jujur . Betul ke apa yang aku dengar tadi ? '

Dengan muka selamba dia terus pergi bilik air . Ehh ? Mungkin mahu mengqada hajat , aku berfikiran positif . Tapi suara lain dalam hatiku berkata dia mahu lari daripadaku . Aku tersenyum . Kemana je dia nak lari ? Aku tersenyum kembali ala-ala Siska baru lepas siram air panas ke tangan Alia dalam Bawang merah Bawang putih .


 Takpe . Aku biarkan dia buat sementara waktu . Ambillah masa seberapa banyak pun .

Aku tunggu punya tunggu . Agak-agak dalam 30 minit dalam tandas , dia keluar dengan muka berkerut lapan ribu . Lamanyaaaa ....

Aku mendapatkan dia kembali lalu mengulang soalan yang sama ,

' Betul ke mak aku ada plan nak bawak gi Taman Empat Musim ? '

Dia memandang wajahku , lama . Agaknya cantik sangat aku ni macam Erra Fazira tu yang tak puas mata memandang , ligat otakku berfikir .

Cantik

Agak lama dia memandang . Tiba tiba dia buka mulut menjawab , 

' Apa ? '

oh bukan menjawab , menanya kembali rupanya . Tak dengar rupanya orang tua ni . Membazir air liur aku je . Dalam hati aku sudah berkira-kira nak buat kari atau tempoyak masak stokin nanti buat santapan makan malam Si Tipah Tertipu ni .

Kalau tak kenal kari , ni haa gambar dia .

Ini tempoyak .

Dengan kesabaran yang masih bersisa aku menanya kembali ,

' Betul ke mak aku nak bawak gi Taman Empat Musim ? '

Jangan cakap tak dengar lagi sudah . Memang hilang 3 per 4 rambut dia nanti . 

Elok-elok macam ni , aku jadikan mcm ni .

Jap aku bayangkan dia botak macam ni . Emmmm , kalau tak macam ni atleast iras-iras Zaibo lah kutt .

haa , baru hensem kannn kan kan .

' Oh pasal tu ke ? Haah . Aku dengar tadi mak kau cakap ngan ayah uda . Kenapa ? '

Terasa rasa bagai air menyimbah ke limpa , hatiku terasa dingin dan tenang . Bebas daripada keresahan memikirkan kesahihan cerita tersebut . Dan ternyata ianya betul !! Berbaloilah masa yang kuluangkan untuk memikirkan tentang cerita tersebut . Alhamdulillah . Terasa segar seperti selepas mandi dengan air Sungai Klang yang Indah Water bekalkan . Huhhh ?

indahnya water .

Tak sabar rasa di hati nak pergi ke tempat tersebut bersama mereka - mereka ini ,

Ma Alya Afiqah , adik teman .

Mior Muhd Muqri , adik last .

Ma Rabbiatul Adawiyah 

Ma Ainin Sofea

Ma Norhafizah , kiri .

Ma Baith Qisthina , kiri tu ye , kanan tu err ...

Ma Amirah Husna

Lydia and Puteri . 

Ahhh ! Ramai lagi sebenarnya , tapi dah lenguh tangan nak upload . Kau fikir tangan aku apa ? Kayu ? Besi ?  Ahahahaha . Sedara aku mmg ramai . Cucu cucu kepada Siti Hajar ngan Abdul Manaf ni memang ramai . Lebih 20 . Alah tak kisah lah . Korang lagi ramai kan ? Entah entah dah ada cicit pun . Takpelah . Aku tak lama lagi ada lah tu . Bukan cicit okay , tapi anak sedara . tak sabar la pulok ahaks . 

Klah . Sian korang panjang post ni . Tapi takpe korang sayang aku kan ? Setakat nak baca apalah sangat berbanding dengan pengorbanan aku yang sanggup berjam jam memerah otak dan juga menyumbang tenaga menaip benda alah ni . Unutk korang jugak kan ? 

Klah . Bye ^^ Salam . Love you all especially my family . 












Thanks For Reading (:

Sunday, December 25, 2011

FAKTA SEBENAR LELAKI

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.
• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…
• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.
• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,sambil isap rokok plak…
• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…
• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.
• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…
• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…
Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki..XD



*Takde niat nak malukan sesiapa :P
Thanks For Reading (:

KERINGGGG !!

Assalamualaikum ! ^^

Haii Lamanya tak update blog . Takpelah . Tak mati punn kan ? Elok je tegak berdiri sekarang ni . Takde pun patah tangan , tercabot kaki , patah lobang hidung , hilang mata . Ada je lagi semua tuu . Alaa semua ni tengah trend je .

Blog punn simple je alahaii . Takpelah . Simple make pimple rite ? MAKE PIMPLE ? NO NO NO ! NO WAYYY ! Simple make ... Make senang lahh kann . Huhuhuhu .

Huhuhuhu . Sebenarnya takde idea . Dulu before nak buat blog , ce dgan semangat juangnya , dengan kembang kempis hidongnya buat blog . Bila dah siap , lelong blog ni . Bagi org tau akan kewujudan blog ni .

Ada sorang hamba Allah tu puji ' Weii kau punya blog best gilaa ! '
Ahh aku apa lagi , dgan kembang kuncup dada , kembang kempis hidong bercampur perasaan riak yang tidak kurang hebatnya mengembang dalam diri , membalas ' Alahh takdelah . Mana ada best . Biasa aje '
Aku biasalah kann . Orang melambung aku , aku mintak turun balik . Jual mahal lah kononnya tuu . Padahal dalam hati , ' Hishhh dia ni saje buat aku nak syok sendiri kann . tapi mmg betul punn ' Betullah sangat -.-'

Itu masa mula2 je , bila dah lama lama ,

' Errr err menatang apa blog sume ni ?! mengacau hidup aku je lah ! ' Takde idea sebenarnya tu . Kekeringan idea . Kering ! Kering kontang ! Macam mana nak terangkan lagi .

Tujuan buat blog ni sbb nak hiburkan org . Nak buat orang gelak .


Melampauuuuu -.-'

Haii kawan kawan .. Tumpang lalu ye ... nak popular jugak .. Hikhikhik ...

Apa ni , apa ni ... Malu tauuu .. taulah saya ni hensem , tapi jangan la jual muka saya ni . Hokhokhok

Tapi sapelah aku ni kan ? Uhuhuhu . Buat blog , aku taknak buat diari . Macam pelik . Bukan pelik tapi mcm  hishhh mendedahkan privacy aku . Hmmmm agaklah . Biarlah blog ni menarik . Contoh , mcm banyak fakta , banyak berita menarik . Kan kan kann ? Hehehe . Idea aku lah tuu tapi smpai sekarang hasilnya ? HAREMMMMM ..

Takpelahh . Lepas ni aku akan berusaha nak bagi blog ni menarik . Okay ? Jangan lupa baca tau . Tak kisah kalau nak follow ke tak . Aku tak pentingkan follower tp pembaca . Yalah , siapalah blog kalau takde pembaca . Aik ?





Thanks For Reading (: