Wednesday, May 29, 2013

Im Fine :')

Assalamualaikum :)

Blog, blog. Akhirnya aku ngadap ko jugak ye. Setia betul ko ngan aku. Eh tak, aku yg setia ngan ko sbnarnye. Yelah, ko penah ke cr aku? Aku je cr ko kan :) Eh? Haah la ko yg setia ngan aku. Sbb ko tk pnah tgalkan aku. Aku je yg tgalkn ko kan? Ah, whatever lah. benda tu pun nk pikir, payah la ma.

facebook, twitter semua dah aku deactive. bukan aku nak mjauhkan diri atau mngasingkan diri tp entah. aku agak terasa dgan label yg dia bg kat aku td iaitu perempuan.... ah, malas aku ingat. aku mmg terasa tp itu bukan faktor utama aku mbawa diri (ceh, tkleh bla dowh) nk mjauhkan diri drpada dia pun jauh skali. mcm mne la aku boleh jauh2 ngan dia? tak text sehari pun boleh buat hilang arah apatah lg nk mjauhkan diri.

tp aku nak try. aku mbawa azam baru. nti bila aku contact dia balik, bia lah aku dh berubah kan? suprise la kirenya tu. hehehe yelah dia dah tegur. nasib baik la. mulamula agak marah la jugak tp smpai bila aku nk bia perangai aku mcm tu? sesuatu harus dibuat, inisiatif harus diambil bg mengawal perangai aku yg mula keterlaluan. bukan mula mmg dah lama dah sbenarnye pun.

aku tau aku byk buat dia sakit hati. tp nk buat mcm mne? dia sakitkan hati aku, aku sakitkan hati dia balik. prinsip aku mudah. tp betul jugak. tak semua org boleh terima tambahtambah dia org yg aku syg. lgpun tu sbb wujudnya pepatah org bagi racun, kita bg susu. kalau org jahat, bia dia yg jahat sorg2 jgn kita ikut dia. kalau boleh bimbing. mungkin itu apa yg cuba dia nk buat utk aku. mntak maaf aku mmg jenis lmbt sedar smpai la benda tu betulbetul dah terlambat baru aku akn berubah. itupun tak kekal lama.

tp serious la. mulamula tak tkesan jugak di hati aku nk mngubah perangai aku. betullah ckp dia aku mmg hati batu. hei payah ni ma elokelok org hati dia daging ko pulak batu. hihihihi dah tak lawak pun aku pun rasa nak tampar diri aku ckp mcm tu. tp taknak lah, sakit.

aku terasa tau tk sbenarnya, mulamula motif utama aku nak deactive sume benda alah tu pun sbg tanda protes. protes utk apa ma? dia mnegur supaya ko jd lebih baik itupun ko nak protes? ah, aku kalah sdiri dgan kata hati aku. okay fine aku ubah niat aku, puii.

niat aku smoga dlm masa aku tk contact ni dpt bawa perubahan positif yg dia harapkan. and byk jugak ye benefit kalau tk contact, bil telefon tk makan, mlm2 tido awal, belaja lama sikit, takde tertunggu2 dia text(phone pun aku off teheee) then mcm2 lah yg aku sedar mahupun tak sedar. bagus ma bagus lpas ni kalau ko jd pembuat soalan peperiksaan boleh aku letak krgn ni kat bahagian b penulisan bahasa melayu and akan aku letak faktor2 atas tu suruh budak buat karangan. ehehehehe mmg harapan la kan.

heiii jujur la aku mmg tak boleh menipu and aku mmg tak reti menipu pun. aku terasa weyh aku terasa. aku tau aku melampau tp tak pernah pulak aku nak kaitkan dgan maruah dia. batu2 hati aku pun, aku sensitif gak hehehe. tp malas la aku nak nangis walaupun ada rasa nak nangis. mcm lembik sgt je. hmmm bialah nangis dlm hati pun dah cukup bg aku.

aku tau aku salah. aku tau niat dia baik tp sampai last2 tu aku betul2 tak tahan. berpinar mata aku time aku baca text dia yg last sekali. pening. and aku rasa tersentap kat hati aku. aku tau. itu reaksi ataupun respon atau juga tindakbalas spontan apabila aku terasa. and aku tau bukan aku sorang je mcm tu. tgok? batu2 aku pun sensitif jugak. 

takpelah. atleast aku melampau aku jujur. tak mcm dia. menipu tp aku pikir positif lah. dia tipu mesti ada reason. think positif ma and ull be better :) 

nway thanks for everything. inshaa allah kalau boleh benda ni takkan lama. aku pun tak betah lamalama jauh dr dia hehehe gedikss. sorry for what ive done and dia pun kena mntak maaf jugak tau kt aku sbb ckp mcm tu hehehe. takpe aku maafkan sbb aku juga dah melampau kat dia slama ni. aku tau dia terluka. aku tau dia tahan. tp aku buat bodoh je. sbb? sbb aku mmg bodoh hehehe astaghfirullahazim.... ko bijak ma, ko bijak! hehehe.

dia nak aku janji kan utk berubah? okay, aku janji aku akan buat yg terbaik sbagaimana dia slalu ckp kat aku bahawa akn slalu buat yg terbaik utk hbungan ni. aku terharu sbenarnye tau dia ckp mcm tu :') saje buatbuat mcm tak. aku akan cuba dan terus cuba supaya mjadi yg terbaik walaupun aku terpaksa mula drpd bawah. 

patutlah budak dorm slalu tak menyebelahi aku kan time kitorg gaduh. sbb mmg salah aku and always salah aku. semuanya berpunca drpd perangai aku. okay, im sorry :) im really sorry and akan usaha yg terbaik utk jaga hati dia okay. jgn lupe impian kite sama2, belaja rajen2, utk future yg baik :) and yes you are my future. dalam impian, cita cita aku, pasti ada dia. inshaa allah, hbungan ni akan bkekalan. semua kerana Allah. walaupun kite hanya merancang, tp Allah yg tentukan, kalau ada usaha pasti akan jadi :) and i always pray for that. dia pun slalu ckp mcm tu kat aku bila aku tk yakin hbungan ni akan bkekalan.

hmmmmm nmpaknya niat aku buat blog ni drpd mula, berubah 360 darjah. bpusing, bertukar sama sekali. hehehehe. takpelah kalau aku buat blog utk menghiburkan org, bukannya ada yg baca pun. lgpun aku bukan mngejar populariti, aku buat utk kepuasan diri. apa yg patut dtegakkan, aku cuba tegakkan, puiii.

klah. aku mula rasa lenguh menaip di samping rasa kepuasan yg mula menerjah dlm diri aku. walaupun sikit, tp takpe. Nabi kan suruh kita bersederhana? hehe walaupun takde kaitan tp ahh biaq pi lah. lgpun nak dptkan kpuasan yg maksima, pasti keterlampauan aku dlm mceritakan cerita aku ni jugak agak berlebihan. cukup la selama ni aku dh melampau. aku penat. aku penat sakitkan hati org yg aku syg. yg akhirnya mmamah diri aku sdiri.

thats all. aku harap coretan yg sedikit ni mampu bg kepuasan yg lebih lg. aku taknak fikir byk. biarlah cerita tu berakhir di sini. yg lain biar aku settlekan. tak perlu kot aku tulis lg. hehehe byebye now. Assalamualaikum :)



Thanks For Reading (:

Monday, May 27, 2013

Hak untuk Bersuara

Hey assalamualaikum :D

Sangat sangat lama aku tak berkarya di sini ihihi. And dalam tempoh masa yang lama tu juga lah banyak sangat benda yang berlaku. Sampai aku rasa kalau semua tu dikumpul dan ditulis, mmg penat aku nak menulis and penat jugak lah org yg nak membacanya. So aku putuskan biarlah aku dan org tertentu sahaja yg tau. Aku tak larat nak menterjemahkan ke dalam tulisan, so cerita tu biar aku just bukukan dlm hati. hehehe

Hmmmm aku mcm byk tau nak cakap. Tapi, aku taktau mcm mana nak buat ayat dlm ni. Dlm otak dh meletup2 idea nak ckp tp semua tu aku taktau mcm mne nak tulis. haih @.@ byk nak cakap tp byk jugak aku kena tapis. yelah kalau ckp pasal umum kang tetiba terkait ngan hal peribadi aiii taknak aku. lebih baik aku perah otak lama lama dulu drpd ambik risiko mengarang ayat dlm waktu yg singkat. 

Bebas bersuara. Memandangkan kita semua manusia punyai hak masing2 utk bersuara. tp kenapa pihak atasan tk slalu mdgar org bawahan bsuara sdangkan masing2 punyai hak bersuara yg sama? mungkin pihak atasan diberi kuasa utk mnentukan siapa yg lg berhak bersuara tp not fair bukan?

Pihak atasan mdapati org bawahan dia bsalah terus mjatuhkan hukuman tanpa bg peluang lgsung kpd org bawahan utk bersuara mbela diri. Mungkin bg dia, org bawahan tak layak. Sampaikan bersuara utk mbela diri pun tk dbenarkan terus hukuman dijatuhkan. Kenapa? Sedangkan masing2 punyai hak bersuara yg sama?

Kenapa mcm tu? Aku kecewa dgan segelintir pihak yg bsikap mcm tu. Diberi kuasa utk mmimpin manusia. Tp tak semua sempurna. Dlm masa dia mmimpin pasti ada ksalahan. Jadi sbg pmimpin berhaklah mntak pendapat drpd org bawahan dia utk bg pandangan ttg apa yg dia dh buat and apa yg dia putuskan. Kita semua saling memerlukan utk membetulkan sikap masing2. And dgan cara mcm tu jugak dlm masa yg sama pmimpin bg peluang utk org bawahan bersuara ttg apa yg tlah dia lakukan. 

Bg aku, pmimpin yg bijak takkan fikir dia bijak. Keputusan yg diambil, semua bdasarkan suara rakyat and suara org bawahan. Tugas pmimpin buat kputusan je. Takde sape yg sempurna. Kputusan bukan dibuat mngikut kehendak hati melulu. Sbb tu pemimpin and sultan melayu terdahulu mesti ada ulama utk mndampingi dia. Sbb? Takut keputusan yg dibuat tak menepati dgan apa yg dharapkan. Dgan pbincangan yg dbuat, kputusan yg lebih baik kita dpt sbb guna daya akal utk berfikir lbih ramai. Bersama2 fikir risiko yg bakal dtanggung. Tp yg pasti org yg ddampingi tu org yg betullah. Kalau ambik pelaku maksiat mmg takkan jugak lah.

Sbb tu, dunia makin tak adil. Org yg mmimpin bukan dr org yg mahir. Berdamping pulak dgan org yg kurg ilmu. Maka apa yg akan jadi? Lambat laun tamadun manusia jd kurg maju. Sbb? adanya pemimpin yg tak cekap and tak bg peluang org bawahan mgunakan hak bersuara dgan sbaiknya. Baguslah. Adil bg aku and adil bg semua. Yg jahat terus terbela, yg baik? Ditindas. Itu yg kau nak kan? Terus terusan yg jahat bermaharajalela mnindas yg baik. 

Terima kasih aku nak cakap kat kau atas apa yg kau dh buat. Aku hargai sgt2. Sampai mati aku tak boleh lupa kau tau tak? Yg buat sorg je, tp kenapa semua yg kena? Benda ni lama lama mhantui aku. Kau tau tak, aku susah nk belaja sbb benda mcm ni? aku pun benci aku yg lemah. tp apa aku boleh buat? tindakan kau buat hubungan aku dgan bbrapa org trus renggang. semua sbb kau. semuanya sbb kau. Aku bukan apa, cuma kalau aku tulis kat sini and sesiapa baca, beban aku berkurang sikit. Sbb benda yg jd beban beberapa bulan ni tlepas walaupun aku tk ckp cerita sbnr.

Aku penat kau tau tak. Aku penat sgt. Aku penat menangis sbb benda yg sama. Aku penat rasa sakit hati dlm jangka waktu yg lama. Aku tak suka aku jd mcm ni. Aku tau kau tkan faham sbb kau tak rasa apa yg aku rasa. Apa yg kawan2 aku rasa. Terima kasih sgt2. Aku harap benda ni tkan mjejaskan result pmr aku n aku harap smoga ini jugak tak mjejaskan result kau. Aku tulis kat sini bukan bermakna aku mengungkit balik semua cerita yg pnah berlaku. Tp sbb aku dh penat mmendam. Lalu aku hamburkan kat sini. Aku jugak ada hak bersuara. Kau tak boleh nafikan and takde sesiapa boleh nafikan. 

Sbb inilah aku kaitkan dgan hak bersuara. Sbb aku rse aku lgsung tk dberi peluang utk bersuara utk bela diri aku. Lalu kau terus jatuhkan hukuman thdp aku n kawan aku. Sdangkan ceritanya? Hanya sorg pelaku tp semua yg kena. Terima kasih. Terima kasih sgt2.

Hmmmm tkeluar la pulak. Takpela lbih baik kau tk pyh baca pun takpe. Kali ni aku dh tak tahan. Prinsip aku nk buat blog tanpa kisah peribadi aku, dah aku langgar. Seriously aku dh tak tahan sgt. Kalau boleh aku nk je bg penampar tp apa boleh buat? Aku hanya dberi hak bersuara. Bukan hak nak mnampar anak org sesuka hati. 

Sedikit sbanyak puaslah jugak hati aku sbb dh lepas. Itu pun bukan semua. Ni kalau aku cerita semua mmg bganda2 lg kepuasan yg aku dpt. Tp takkan lah kot. Agak2 la kalau nak bersuara. Hmmmm itu pun satu gak, bila dh bg betis nak paha. Ada pulak kan kes kat US kot tk silap aku, bila bg hak bersuara kat rakyat dia, ada yg buat novel cara2 nk bunuh lg. Gila kan? Manusia. Ambik kesempatan. Tak penah puas dgan apa yg dh dbagi. Ingat pesan Nabi, bersederhana dlm apa jua kan? hehehehe

Aku rasa dah banyak kot. Cukup la tu je. Yg lain malas aku nak ckp. Yg ini pun aku takut tak diterima. Mcm apa yg aku ckp mula2 td, yg lain tu bia aku bukukan dlm hati je. Kalau boleh aku nk buang je. Buku tu buat aku sakit. Takut lamalama jd dendam. Nauzubillah jauhkan. Dendam kang mcm2 boleh jd. Sume syaitonirrojim punye pasal. 

Thats all. Aku dh penat menaip. Takpe janji beban aku slama beberapa bulan ni tlpas sikit. And thanks sape yg baca. Ce, tah2 takde org pun kan yg bce hihihi. Kbye, assalamualaikum :)






Thanks For Reading (: